Thursday, February 21, 2008

..first post..





this is my first attempt in creating blog. may be i will write something in it to express my feelings, my bittersweet experience that i go through in life especially life as a student, a foreigner in Aussie's land. but for a start i will just copy and paste articles that i have read to share with all of you.






BUATMU YANG BERCINTA..

Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu
mencintai seseorang, walaupun kamu
tahu dia tak sendiri lagi, dan
walaupun kamu tahu cintamu mungkin tak
berbalas, tapi kamu tetap
mencintainya,


Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu
sanggup melakukan apa saja demi
seseorang yang kamu cintai, walaupun
kamu tahu dia takkan pernah peduli
ataupun dia peduli dan mengerti, tapi
dia tetap pergi.


Pernahkah kamu merasakan hebatnya
cinta, tersenyum kala terluka,
menangis kala bahagia, bersedih kala
bersama, tertawa kala berpisah,


Aku pernah....

Aku pernah tersenyum walaupun
kuterluka kerana ku yakin Tuhan tak
menjadikannya untukku,

Aku pernah menangis kala bahagia,
kerana kutakut kebahagiaan cinta ini
akan hilang begitu saja..

Aku pernah bersedih kala bersamanya,
kerana kutakut aku kan kehilangan dia
suatu saat nanti, dan......

Aku juga pernah tertawa saat berpisah
dengannya, kerana sekali lagi, cinta
tak harus memiliki, dan Tuhan pasti
telah menyiapkan cinta yang lain
untukku.

Aku tetap mencintainya, walaupun dia
tak dapat kurangkul dalam pelukanku,
kerana memang cinta ada dalam jiwa,
dan bukan ada dalam raga.

Semua orang pasti pernah merasakan
cinta.. baik dari orang tua...
sahabat.. kekasih dan akhirnya
pasangan hidupnya.

Buat temanku yg sedang jatuh cinta..
semoga sejahtera kerana cinta itu
sangat indah. Semoga kalian selalu
berbahagia.

Buat temanku yg sedang terluka kerana
cinta... Hidup itu bagaikan roda yang
terus berputar, satu saat akan berada
di bawah dan hidup terasa begitu
sulit, tetapi keadaan itu tidak untuk
selamanya, bersabarlah dan berdoalah
kerana cinta yang lain akan datang dan
menghampirimu.

Buat temanku yang tidak percaya akan
cinta... buka hati mu jangan menutup
mata akan keindahan yang ada di dunia
maka cinta membuat hidupmu menjadi
bahagia.

Buat temanku yang mendambakan cinta..
bersabarlah..kerana cinta yang indah
tidak terjadi dalam sekelip mata..
Tuhan sedang mempersiapkan segala yang
terbaik bagimu.

Buat temanku yang mempermainkan
cinta.... Sesuatu yang begitu murni
dan tulus bukanlah untuk
dipermainkan. Cinta bukan suatu
kehampaan. Semoga kalian berhenti
mempermainkan cinta dan mulai
merasakan kebahagiaan yang seutuhnya.

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::