Thursday, April 10, 2008

..8 perkara yang mematikan hati..

Mengikut Ibrahim bin Adham, 8 perkara
yang mematikan hati iaitu:

1)Mengetahui hak Allah ttp tidak
menegakkan hak itu.
2)Membaca al-Quran ttp tidak
melaksanakan suruhan2nya.
3)Mencintai nabi ttp mengabaikan sunahnya.
4)Takut akan mati ttp tidak
mempersiapkan diri.
5)Mengetahui syaitan adalah musuh ttp
ghairah mengikut kehendaknya.
6)Takut akn neraka ttp melakukan maksiat
7)Mahukan syurga ttp tidak beramal soleh.
8)Kekurangan diri sendiri diabaikan ttp
kekurangn org lain ditghkan.

Imam Abul Laith as-Samarqandi di dalam
kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan 5
penawar yang dapat membersihkan hati iaitu:
1)Bergaul dengan org2 soleh.
2)Sentiasa membaca al-Quran.
3)Memelihara perut dari makanan haram.
4)Melakukan solat malam.
5)Sentiasa berzikir dan berdoa kepada
Allah SWT terutamanya semasa waktu subuh.

Pada zaman nabi, seorang lelaki bertanya
nabi, "Ya Rasulullah, siapakah manusia
terbaik?" Nabi menjawab, "Mereka adalah
orang mukmin yang berhati makhmum." Org
itu bertanya lagi, "apakah hati makhmum
itu?" Nabi bersabda, "Ia adalah hati
yang bertaqwa lagi bersih yang tidak ada
dalamnya penipuan, sifat melampaui
batas, tipu daya, kianat dan hasad."
(Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan
bertaras sahih.)

Allah berfirman dalam surah al-Talaq
ayat 2-3, "Barang siapa yang bertaqwa
kepada Allah, Dia akan adakan baginya
jalan keluar dan (Allah)akan
mengurniakan rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka kepadanya."

Mengikut Abdullah bin Masud r.u, ayat
ini adalah "formula penyelesaian masalah
yang teragung di dalam al-Quran"

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::