Wednesday, April 2, 2008

April Fool - siapa yang menipu dan siapa yang tertipu

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh.

alhamdulillah, hari ini Allah masih lagi baik hati memberi peluang kpd saye untuk hidup sehingga saat ini dgn nikmat islam dan iman.. kwn2 plak mcm mne? mcm mne iman hari? bertambahkah atau berkurang kah? soalan ni sepatutnye menjadi pertanyaan kte setiap hari, insyaAllah, jom kte jadikan amalan untk bermuhasabah.. insyaAllah, ingatan untuk sye jgk..


dalam xsedar, sekarang dh msuk bulan 4.. sekejap shja masa berlalu. mmg benar kate2 Allah dalam Al- Quran "Demi masa, sesungguhnya, manusia dalam kerugian"..

Bulan April, tbe2 mengingatkan kenangan lama di zaman sekolah dulu.. 1 April, saye psti kwn2 sume tahu ape yang saye maksudkan.. mungkin ade yng dapat meneka.. April Fool.. MasyaAllah, ketika zaman sekolah dahulu, kalau x kwn2 yang kenekan saye pda hari tu, sye yang akn kenakan mereka.. seolah2 bertanding, sape yng kenakan ramai org akan menang.. subhanaAllah.. saye xtau mse itu yang celebrate April Fool boleh dikaitkan dgn mempersendakan saudara2 seagama..Semoga Allah mengampunkan kami.. adakah kawn2 tau sejarah tentang April Fool ni? kl xtau, jom kte bace same2 artikel kat bwh ni....

Ikutilah cerita sedih di sebalik April
Fool's Day sebagai renungan bersama.

Setiap kali menjelang 1hb April,
sesetengah orang kita begitu taksub
dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's
Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di
Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya
di Granada,Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera
Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol
(Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan
diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun
tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini,diberitahu
bahwa mereka boleh berlayar keluar dari
Sepanyol dengan selamat bersama-sama
barang-barang keperluan mereka dengan
menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya
tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk
melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1April), mereka
mengambil semua barangan yang telah
disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-
penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki
kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang
kaum muslim dan membunuh kesemuanya,
lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini
kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi
juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang
jahil mengenai peristiwa ini turut
meraikan April Fool's Day tanpa
menyedari mereka sebenarnya merayakan
ulang tahun pembunuhan beramai-ramai
saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu
taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah Peliharalah
Allah, nescaya Allah akan memelihara
kamu.....rawahuttirmizi Illal Liqaq


cerita ni saye copy dr friendster junior saye.. dia paste kan article ni dalam bulletin board.. Alhamdulillah semoga ramai yng membaca nye dan sedar yang selama ni kte dipermainkan dan diperbodahkan oleh org kafir.. tengoklah betapa bijak nye mereka membuat kte menpersendakan agama sendiri, meracuni pemikiran kte supaya menghina saudara2 seagama kte sendiri.. Nauzubillah.. jadi saye paste kan kat cni, supaya sape2 yang xtau tu boleh bce n stop making fool of people on 1st of April..

sesiapa yang pernah buat tapi xtau tu, bertaubat la sesungguh hati..insyaAllah, semoga Allah menerima taubat kte..

Oo Allah, Forgive my wrongness and guide me to the straight path.

What's good is from God, and what's bad is caused by my own ignorance. Do correct me if i'm wrong. Jazakallahukhayran.

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::