Monday, April 27, 2009

...kerana ukhuwah ini fillah...

Saya menulis dengan seribu satu rasa di dalam hati. Mahu sahaja diri ini merebahkan diri sujud pada Nya. Apakah dugaan ini? Mahu saja saya beritahu pada dia pilih satu antara dua, pilih Allah atau al- hawa’? Saya tahu itu terlalu kasar bahasa, lantaran itu, hanya di hati kata- kata itu bergema.

Membuat satu pilihan antara dua bukan senang. Saya tahu, bukan senang. Konflik membuat pilihan hanya akan datang jika kedua- dua keadaan perlu dipilih itu kita suka. Jika salah satu nya kita tak suka, mesti kita akan pilih yang kita suka. Tapi, sungguh susah untuk memilih satu antara dua yang disukai, apatah lagi jika ‘frekuensi’ (tahap) keduanya dalam hati kita adalah SAMA.


Jika itu pilihannya, dan pilihlah jalan yang membawa kita kepada keredhaan Allah.

“maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” (As-Syams: 8-10)



Ukhti, ketahuilah, ana sangat benci untuk memaksa enti membuat pilihan..



=(




Teman yang baik, menegur segala kesalahan kita dan membawa kita ke jalan Allah adalah hidayah dariNya. jika kita terasa bahawa teman itu sudah tidak memberikan teguran pada kita, berhati- hatilah kerana itu berkemungkinan hidayah itu semakin ditarik oleh Allah..

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::