Friday, April 24, 2009

...Rijal...

Baru lepas menziarahi blog seorang saudara semuslim yang nun jauh di Malaysia. Alhamdulillah, ada sekuntum senyum di bibir saya. Blognya dah bertukar wajah. Hmm, makin advance. Dan yang paling menyentuh hati ialah title blog dia. Tertulis "Membangun sains dan teknologi menurut Islam". Subhanallah, saya tahu, ia sangat simple tapi sungguh, ia mempunyai visi dan misi.. bukan sahaja kerana Sains dan Teknologi tapi kerana ISLAM.. InshaAllah rijal- rijal sebeginilah yang kita hendakkan untuk menaikkan Islam di mata dunia. Jika dulu, di zaman kegemilangan Abbasiyyah, Islam berada di puncak dunia. Islam dilihat seperti Amerika sekarang. Sains dan teknologi pesat membangun di bawah kepatuhan pada Allah. Islam sebagai ustaziatul 'alam. Sungguh, saya impikan untuk hidup sebegitu. Hidup dalam dunia Islam sebenar. Yakin dengan janji Allah, Islam akan kembali gemilang, suatu hari nanti. Dan saya pernah ber janji untuk menjadi rijal yang bersama dalam barisan itu. Dan saya lihat ramai yang mahukannya. Alhamdulillah.. Semoga hati ini terus dididik untuk tabah menjadi mata- mata rantai yang bersambungan.

Ya Allah, teguhkan barisan kami…

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::