Friday, May 8, 2009

...Hanya kerana RM2...

Hanya kerana RM2...


Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOBpengarang@utusan.com.my



TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi RM2.


Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor, 34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.


Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.
Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.



“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.



“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


------------------------------------------------------------------------------------------------


Sedih sangat. Tak tahu nak cakap apa.. saya sangat bersyukur kerana Allah tak pernah bagi saya ujian sedasyat itu. Betapa hebat pengorbanan seorang ibu. Subhanallah, patut la Rasulullah menyuruh kita mematuhi ibu kita kemudian baru lah ayah kita. Rasulullah mengulanginya sebanyak 3 kali. Dan syurga juga di bawah telapak kaki ibu. Besarnya kasih sayang ibu melebihi segala- galanya. Terima kasih Allah kerana kurniakan kami ibu.


sedih sangat. melihat kejadian tidak bermoral itu berlaku di tanah air sendiri, di Malaysia. paling sedih lagi di Kelantan tersayang. negeri serambi Mekah.. =(


sedih sangat. melihat yang berlaku itu di negara yang jumlah besar nya ialah orang Islam...



Lagi menyedihkan kalau saya dan anda tahu dan saya dan anda tidak bergerak berbuat apa- apa untuk tegakkan Islam di bumi ini..


Syahadatul haq mesti dipenuhi...

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::