Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.

Perlukan Photographer?

Perlukan Photographer?
Click di sini =)

Friday, October 16, 2009

...directselling.. nak beli tak agaknya??


Bila ada seorang direct seller datang jual produk kecantikan. Katanya,

"Bagus ni dik, dapat hilangkan jerawat, jeragat, putihkan kulit. Akak pun dah pakai. Sesuai untuk segala jenis kulit. Beli la adik, nanti muka adik akan lagi berseri"


Bila tengok kepada direct seller tu, muka dia ada jerawat yang baru nak tumbuh, yang lepas tumbah i.e: dah pecah dan jadi parut pun ada. Jeragat usah cakap. Kulit pun nampak kusam. (Sorry, tak berniat nak say something bad kat sesiapa, ini hanya contoh semata- mata)


Anda nak beli tak produk kecantikan tu??


Bila ada seorang direct seller datang, jual ubat melansingkan badan. Katanya,

"Adik manis, kalau lansing sikit lagi ni, elok, perfect kata orang putih. Ni ha adik, saya ada jual ubat pelansing ni. Akak gerenti, 100% menjadi dik. tengok la saya ni. saya pun dah lama guna ubat pelansing ni. Menjadi dik. Percayalah!!

Tapi bila tengok kepada direct seller tu, lemak merata- rata. siap ada double triple chin lagi.

Hmm, anda nak beli tak produk tu??


Anda jawablah sendiri soalan- soalan tu. Nak bagitahu pendapat pun boleh, tak nak pun tak ape. Tapi kalau saya, saya definitely, tak kan beli. Kalau beli pun sebab kasihan, bukan sebab saya percaya apa dia cakap. Dan yang pasti, produk- produk tu akan bersemadi di dalam tong sampah. Kata- kata mereka tadi pasti bak angin lalu sahaja.



kisah direct selling, mendalam maksudnya. bukan sekadar barang- barang murahan.


Analogi yang diberikan oleh seorang kakak yang memang suka beranalogi =)


Dakwah kita umpama direct selling.

Rules untuk direct selling terbaik
1. Kita mestilah pengguna produk itu.
2. TAHU segalanya tentangnya.
3. Kita menjadi hasil keberkesanan produk itu.

tak perlu seorang yang sangat pandai bercakap, cukuplah dengan hasil positif yang ditunjukkan oleh DIRI secara zahir.



jadi, dakwah kita kepada orang lain atau pun mad'u

1. kita mestilah Islam untuk memperkenalkan kebaikan Islam kepada orang lain.
2. Kita TAHU tentang Islam dan berusaha untuk lebih tahu tentangnya.
3. Kita mestilah menunjukkan qudwah kita sebagai seorang Muslim yang sebenar i.e: seperti yang digariskan oleh Al- Quran dan Hadis (bukan main campur aduk semua)


berbalik kepada situasi- situasi di atas,

datang seorang Muslim yang mengaku dirinya Muslim sejati tetapi kelakuannya tidak menunjukkan apa yang dikatakan contohnya, bergaul bebas dengan lelaki, berpakaian yang tidak mengikut syari'e, keluar masuk bar. katanya,

"Islam tidak membenarkan percampuran lelaki dan perempuan tanpa urusan yang jelas, perempuan mesti pakai menutup aurat kecuali yang terzahir sahaja iaitu muka dan telapak tangan, dan masuk bar ialah haram walaupun bukan tujuan untuk minum arak kerana itu adalah terang- terangan tempat maksiat.

What are you going to say??

Mungkin kalau kita dalam tarbiyah atau orang baik- baik, boleh lagi bersangka baik. Ambil apa yang dia nak katakan sahaja tanpa su'uzhon atau pun doakan orang itu supaya ilmu boleh membawa kepada amal.

tapi kalau orang lain? kalau non-muslim macam mana pandangannya? ataupun, kalau saya sebagai orang biasa di luar sana yang masih lagi keliru hitam dan putih? apa agaknya kata saya?

kalau saya, ada dua kemungkinan (real life experiences)

firstly, mungkin saya akan kata,

"Ek eleh, dia sendiri pun tak betul nak betulkan orang pulak. dia sendiri yang buat, nak nasihatkan orang supaya tak nak buat, minda dia tengah ok ke 'weng weng' tu?"

secondly, mungkin saya akan kata,

"Wow, coolnya dia ni. walaupun dia buat sume benda tu, tapi still boleh bagi tazkirah2 ni ye!. hebat la. dah la pandai cakap. nak jadi macam dia lah. benda2 maksiat ni buat jugak, tapi boleh jugak bagi2 tazkirah kat orang lain."


isu qudwah ini, saya rasa sangat penting untuk semua orang yang mahu bergelar daie. we are in fact born daie, but it's just the matter of situation that makes us divert from what we are supposed to be or do (kalau macam tu situation la yang masuk neraka ek??)

Daie seperti direct seller. Daie mesti tahu isi 'produk' yang ingin 'dijual'. Daie mesti merasai kehebatan 'produk' yang digunakan supaya lebih senang bagi reason untuk menarik 'pelanggan'. Daie mesti ada gerak kerja yang tersusun untuk memikat hati 'pelanggan' yang mungkin degil sedikit. tapi apa yang penting ialah, daie mesti zahirkan pada dirinya betapa 'produk' ini ialah 'produk' yang terbaik yang pernah ada di dunia.

kalau setakat, kata- kata lisan tanpa bukti, susah orang nak percaya apatah lagi untuk terpikat dengan produk itu.


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan ia banyak menyebut (Nama) Allah." (al-Ahzab: 21)

Allah mengutuskan Rasulullah SAW sebagai contoh kepada sekalian umat. Lihatlah betapa pentingnya untuk qudwah ditonjolkan.

Jadi, jika ada yang terfikir yang qudwah (atau amalan atau apa yang terzahir) tidak penting, yang penting ialah menyampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain tanpa kita sendiri mengamalkannya, di situ ada silapnya.

hayatilah maksud ayat ini,
"Wahai orang- orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saff:2-3)



apa yang terzahir itu lebih terkesan di hati dari kata- kata yang dilontarkan.

atau dalam ungkapan yang sedap didengar, lebih kurang macam ni,

kelakuan (qudwah) seorang kepada 100 orang lebih berkesan dari kata- kata 100 orang kepada seorang.


jadi, beramallah dahulu dengan apa yang ingin kita sampaikan kepada orang lain.

sebetulnya, tidak berniat untuk menyinggung mana- mana pihak. lebih kepada perkongsian dari diri yang pernah menerima pelbagai jenis dan bentuk pendekatan dakwah, namun Allah mentakdirkan hati ini menerima hidayah dan pautan hati kerana qudwah yang ditunjukkan.

peringatan untuk diri sendiri juga yang masih lagi bermujahadah meninggalkan jahiliyah yang kecil2 (yang besar inshaAllah dah setel) dan menterjemahkan ilmu kepada amal.

peringatan untuk diri sendiri atau sesiapa yang mahu berkongsi bahan, kongsi la dengan orang lain kerana ilmu untuk dikongsi bukan disimpan, tetapi, on top of that, diri sendiri dahulu yang mesti 'didakwahkan'.

kalau ada tersalah silap fakta di mana- mana, mohon ditegur.

kalau terkasar bahasa, maaf dipohon. tidak bermaksud melontarkan kata2 yang kesat dan mengguris hati, hanya contoh semata-mata.

3 wise thoughts:

Anonymous said...

Salam~ jzkk atas perkongsian yg menarik... Well, juz wanna say that there is always a reason for everyting that we do...mesti ada sbb knape ssorg tu buat, act n be d way they are~ Salam

izyanhamizah said...

hehe. btw thanks

.:Ulun Nuha:. said...

Salam

jzkkk atas peringatan utk diri ini...byk bercakap, tp selalu lupe utk muhasabah diri...huhu
"besarlah kecelakaan Allah jika kamu tak buat apa yg kamu cakapkan"

"diri sendiri dulu yg mesti didakwahkan"...hmm, menarik. tarbiyyah diri perlu diutamakan

teruskan menjadi mata pena yg menulis kebenaran utk islam :)

teringat kata2 qudama' - nasihat (walaupun dtg dari seorg yg lebih muda) adalah daripadaNya..tanda Allah nakkan kebaikan utk kita perbaiki diri...

::kind readers::