Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.

Perlukan Photographer?

Perlukan Photographer?
Click di sini =)

Thursday, May 15, 2008

..Ya Allah, tolong sampaikan pada dia..


Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang
terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau
bertemu diriku suatu hari nanti...


p/s buat kawan2: texts are not ideologically natural or accidental, they are crafted to represent views as well as interests of the writer (Sommer, 2005). kpd kwn2 muslimah, bersabarlah jika dirimu belum di'jumpai' oleh sang lebah. jgnlah kau risaukan nye kerana janji Allah tetap akan tertunai. "PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK (DAN SEBALIKNYA)DAN PEREMPUAN TIDAK BAIK UNTUK LELAKI YANG TIDAK BAIK(DAN SEBALIKNYA)"
jgnlah kau merendahkan maruahmu hanya untuk mendapat perhatian dari sang lelaki.. krana lelaki yang baik xkan memilih perempuan2 di jalanan untuk menjadi peneman perjuangan nya..

0 wise thoughts:

::kind readers::