Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.

Perlukan Photographer?

Perlukan Photographer?
Click di sini =)

Thursday, June 19, 2008

..pesanan Rasulullah SAW kepada WANITA..

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api”. Saidatina Aisyah bertanya, mengapa wahai Rasullullah?


Jawab Rasulullah SAW:

1. Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dlm menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami dan melakukan kerja rumah.

2. Tiada memuji ataupun berterima kasih (bersyukur) diatas kemurahan Allah yg didatangkan melalui suaminya (jarang org perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)

3. Sering mengkufur (engkar) terhadap nikmat Allah, contohnya apabila berlaku suatu pertengkaran ada isteri yg berkata “Sudah 10 thn berkahwin dgn awak tak ada apa-apa pun”.

4. Gemar bercakap perkara yg sia-sia yg berdosa,contohnya memperkecil-kecilkan suami dan mengumpat. Tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali ia menghulurkan tangannya kpd suami (meminta ampun dan maaf)

5. Hadis Nabi SAW “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita ataupun isteri yg solehah”

6. Sabda Rasulullah SAW “mana-mana perempuan yg memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yg memandangnya itu adalah zina.



7. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar rumah kecuali atas urusan yg mustahak. Wanita yg keluar rumah akan dipersonakan oleh iblis. Sabda Nabi SAW ” perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia”

8. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita ( yg halal nikah kecuali dlm urusan menuntut ilmu dan berjual beli ). Diriwayatkan bhw satu hari, ketika Rasullullah SAW bersama isterinya, (Ummu Salamah dan Maimunah) datang sahabatnya yg buta (Ibnu Maktum). Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dlm. Bertanya Ummu Salamah “Bukankah org itu tidak dpt melihat kami Ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Bukankah kamu dpt melihat?”

9. Rasulullah SAW bersabda “Perempuan yg melabuhkan pakain dlm keadaan berhias (bukan utk suami dan mahramnya) adalah seumpana gelap gelita pd hari kiamat, tiada Nur baginya.”

10.Sabda Rasulullah SAW “Dikahwini wanita kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka carilah yg kuat beragama, nescaya kamu bertuah.”

11.Hadis nabi SAW “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya”.

12.Sabda nabi SAW “Wanita yg taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhaiNya.”

13.Sabda nabi SAW:” wanita yg taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yg disukainya, tanpa hisab”

14. Hadis Nabi, “Mana wanita yg bermasam muka menyebabkan tersinggung suami, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya”.

15. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dgn tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dgn tidak seizin suaminya.

16.Nabi SAW bersabda “Tidakkan putus ganjaran dari Allah kpd seorg isteri yg siang dan malamnya menggembirakan uaminya”.

17.Dari Muaz, Sabda Nabi SAW “Mana-mana wanita yg berdiri atas dua kakinya membakar roti utk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka”.

18.Dan mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan-minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan
baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorg hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan keramat itu. Tidak seorang pun yg sampai ke martabat itu kecuali Nabi-nabi.

Thabit Al-Bananiy berkata “seorang wanita dari Bani Israel yg buta sebelah matanya sgt baik khidmatnya kpd suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita hingga suaminya selesai. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yg buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan) pada perempuan itu kerana kemuliaan dan penghormatannya pada suaminya.



19.Dari Ibnu Mas’ud, katanya nabi SAW bersabda: “Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dlm urusan agama maka Allah akan memasukkannya ke dlm syurga lebih dahulu dari suaminya (500 thn) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga utk turun ke mahligai suaminya dan menghadap Allah swt.

20.Nabi Saw bersabda: ” Mana-mana wanita yg berkata kpd suaminya ‘Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun ‘, maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

21.Sabda Nabi SAW “Sebaik-baik wanita (isteri) yg apabila engkau memandang kepadanya, ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah diturutnya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya”.

22. Sabda Nabi SAW “Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika dia terpaksa (krn sesuatu urusan yg mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan ditepinya”.

23. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dlm laknat malaikat hingga ke pagi.

24. Sabda Nabi SAW ” Wanita yg mempergunakan lidahnya utk menyakiti hati suaminya ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekalian

25. Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW ” Wanita yg tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku dlm syurga.”

26. Dlm Kitab Muhimah “Hendaklah isteri mendahului suaminya atas hak dirinya dari seluruh kaum kerabatnya”.

27. Rasulullah SAW bersabda “syurga itu di bawah telapak kaki ibu”.

28. Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang itu mengandungkan janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah akan malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan “.

29. Sabda Nabi SAW ” Apabila seorg wanita sakit utk bersalin maka Allah mencatat baginya pahala org yg berjihad pada jalan Allah ”

30. Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah! Mana-mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kuku suaminya, Allah akan berikan dia minum dari sungai-sungai dlm syurga serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan baginya kelepasan dari api neraka dan selamat ia melintas titian sirat“.

31. Dari Ali bin Abi Talib, Aku dengar Rasululullah SAW bersabda, Tiga golongan umatku akan mengisi neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia mereka iaitu:

a. Orang yg gemuk tetapi kurus
b. Orang yg berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yg alim tetapi jahil

Adapun yg gemuk ttp kurus itu ialah wanita yg gemuk (sihat) tubuh badannya tetapi kurang amal ibadatnya.

Adapun org yg berpakaian ttp telanjang itu ialah wanita yg cukup pakaiannya ttp tidak taat agama.

Dan adapun orang yg alim ttp jahil itu ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

32. Sabda Nabi SAW ” Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka adalah wanita” Ditanya, “Mengapakah demikian Ya Rasululullah?” Dijawab baginda SAW ” Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jikalau engkau berbuat baik kpdnya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup “.

33.Sabda Nabi SAW ” Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita” maka menangislah mereka dan bertanya salah seorg dpd mereka “mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab nabi, “Tidak, mereka ini ialah mereka yg tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorg kamu adalah nikmat suaminya”.

34. Sabda Nabi SAW ” Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorg lelaki didlm neraka dan dua kali ganda seorglelaki di dlm syurga”

35. Sabda Nabi SAW “Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dgn api neraka, di antara parit-parit itu ialah sejauh langit dan bumi”.

36. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang-benang Allah akan mencatatkan utknya perbuatanbaik sebanyak utas benang yg dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat”.

37. “Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg menganyam akan benang yg dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas utknya di atas takhta di hari akhirat.”

38. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg memintal benang dan kemudian dibuat pakaian utk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti org yg memberi makan kpd seribu org lapar dan memberi pakaian kpd seribu org yg tidak berpakaian.

39. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan utknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yg jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata org-org yg
memerhati.



..taken from blog antara cita dan cinta...

0 wise thoughts:

::kind readers::