rasa resah dan gelisah sungguh hari ni. adakah kerana permulaan hari yang tak seceria dan selengkap seperti hari- hari yang lain? saya belek semua kekurangan permulaan hari ini, patut la tadi tertinggal untuk baca Mathurat.. Astaghfirullah.. Ampunkan aku ya Allah..
banyak sungguh benda yang saya fikirkan, yang saya takutkan tu jangan dikatalah. sangat banyak.. lagi satu, permulaan hati saya jadi resah ni terjadi setelah saya mendapat satu offline mesej dari someone yang kalau boleh, saya tak mahu dah dengar atau baca nama dia. sangat distubing, ok? sangat- sangat disturbing.. Ya allah, kuatkan lah hati ku.. jauhkan lah aku dari perkara yang dapat menjauhkan aku dari Mu, ya Allah.. kalau la ada kuasa untuk saya pilih dan lenyapkan apa yang ada dalam fikiran saya, that will be the first thing that i will vanish.. kalu boleh jangan tinggal kesan walaupun sekelumit..
tapi itu lah, teringat kata- kata seorang sahabat, syaitan akan sedaya upaya membuat kita lalai dari mengingati Allah.. semakin kuat kita melawannya, semakin tinggi pangkat Syaitan yang dihantar untuk melalaikan hati mukmin itu. dan syaitan yang berpangkat tinggi jarang menggoda something yang kita dah teguh. ie suruh kita tinggal solat and puasa kita tapi dia akan goda yang paling halus dan saya rasa yang paling halus yang mudah dia masuk adalah hati..
dah lama dah saya tak rasa resah seperti yang saya alami sekarang. dulu selalu rasa macam ni lebih- lebih lagi sebelum mengenal tarbiyyah.. ya Allah, saya tak nak perkara ni berulang lagi.. jika dulu saya akan menangis kerana ini.. tapi sekarang, saya tak mahu mensia- siakan air mata saya hanya kerana sesuatu yang bodoh seperti ini.. Ya Allah berikanlah kekuatan..
adakah ini juga dipanggil ujian? ujian akan selalu menimpa kita walau bagaimana keadaan pun, ketika kaya, ketika miskin, susah atau senang, semuanya adalah ujian pada kita selaku hamba Dia.
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah- buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." QS Al-Baqarah : 155
Dia berhak untuk menurunkan segala ujian pada kita tapi yang paling sweet tentang Dia, Dia akan bagi ujian yang mampu ditanggung oleh hamba tersebut. maknanya, jika Dia turunkan ujian pada kita, Dia tahu yang kita mampu menanggungnya..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (QS Al- Baqarah : 285)
ujian juga diturunkan oleh Allah untuk menentukan siapa di antara hamba- hamba Nya yang benar- benar tetap imannya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta" QS Al-Ankabut : 2-3
ya Allah, ujian saya ni tak lah sebesar mana pun, jika dibandingkan dengan orang lain, tapi, sudah begini reaksi nya. betapa lemah nya saya jika hanya dengan sepotong email mampu mengubah mood saya for the whole day. memang syaitan sangat licik.
dan saya notice, saya jadi begini sebab saya keseorangan. tak ada kawan di kiri dan kanan untuk menceritakan apa yang terjadi. memang benar kata- kata sepotong ayat ini "serigala akan menyerang kambing yang seekor". jika kita keseorangan semakin mudahlah untuk syaitan menggoda dan menawan manusia. tapi di sebalik kekalahan sementara itu, saya bersyukur pada Allah kerana masih lagi bagi saya kekuatan untuk berfikiran positif dan tidak terus tenggelam dan hanyut dalam khayalan syaitan dan al- hawa'. terima kasih Ya Allah, tidak kata yang mampu dilafazkan untuk mengucapkan segala syukur terhadap semua yang telah Engkau kurniakan kepadaku.
saya sharekan kisah yang tak seberapa ini untuk ingatan (pujukan) diri saya sendiri terutamanya dan mungkin juga pengajaran pada sesiapa yang membaca cerita ini. saya bukanlah seorang story teller yang bagus yang mampu membuaikan perasaan pembaca. maafkan saya, tapi ini sahaja yang boleh saya ceritakan.
fasbir sobran jameela, ya Izyan Hamizah..
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
No comments:
Post a Comment