Friday, April 10, 2009

..bantuan diperlukan..

Ayyok, xbestnye perasaan ni.. kenapa lah kena ade perasaan sensitive ni? Kadang- kadang nak tukar jadi orang lain, orang lain yang lagi keras hati, so that xpayah susah- susah nk tanggung sensitive- sensitive ni.. rasanya, lately, selalu je datang perasaan macam ni. Dulu- dulu xpenah ada pun. Cepat benar terasa dengan orang. Dulu, kalu orang macam- macam mana pun, xpayah nak rasa macam ni. Kadang- kadang rasa malas dah nak bergurau- dengan orang especially bila reaksi tu memang sangat- sangat tak patut. Yelah, kalu pun nak tegur, nak cakap benda tu tak elok ke ape ke, xperlu la nak cakap benda yang lagi tak patut dengan ekspressi yang sangat menyakitkan hati.. kenapa la hati ni susah sangat nak terima perangai orang ni? Terfikir jugak, adakah aku yang salah kerana tak boleh nak terima perangai dia atau, aku yang terlalu sensitive? Kan best kalu just boleh tukar jadi orang lain.. xpayah nak terasa- terasa..
Bukan tak nak try berlapang dada, memang dah banyak kali dah try.. tapi ekspresi muka aku memang tak boleh langsung nak disembunyi, untung jugak dia ni jenis yang xde perasaan, kalu orang terasa dengan dia pun, dia jenis yang tak kisah.

So, apa yang selalu aku buat bila terasa dengan dia ni, aku akan larikan diri dari dia, memang tak leh langsung nak cakap dia la.. bukan apa, takut, kalu aku teruskan cakap ngan dia, samada aku atau dia yang akan lagi sakit hati.. so, nak elakkan diri dari sakitkan hati dia, biarlah aku yang lari.. kalu tengah2 jalan dengan dia tu, aku memang akan terus senyap dan jalan dengan semakin super cepat atau super lambat, biar aku xjalan seiring dengan dia, atau pun, aku akan terus je lari pegi cakap ngan orang lain.. seriously tengah panas. Malas nak layan orang macam ni.. tapi tipu la, sekarang aku dah jadi super sensitive. Kalu kejadian tu terjadi pagi hari, memang silap la.. the whole day hari tu memang dasyat la.. aku memang langsung xboleh nak cakap ngan dia. Kalu cakap pun mesti dingin.. bukan aku tak nak cakap, seriously hati ni memang rasa macam nak pecah dah.. ataupun, aku akan keluar seorang diri, elakkan dari bertembung dengan dia.. syukur jugak, cara tu boleh wat aku hilang tension and kesensitifan perasaan tu, bila aku jumpa dia balik, mesti aku dah ok.. kiranya macam dah lupa.. tapi aku rasa aku xlupa.. lpas tu kalu dia wat lagi, aku tension lagi.. xpe la, aku rela lagi wat camtu dari aku sakitkan hati dia lagi..
Wah, tension jugak ada kawan yang memang xpaham perasaan orang ni.. tak pun, kalu dia paham, dia buat xtau.. kan best kalu aku leh jadi keras hati macam dia jugak.. xpayah la susah2 nak terasa bila dia sakitkan hati aku lagi..


p/s: erm, macam mana nak tolong ni?? anyone ade idea??

3 comments:

-SkuliE- said...

Salaam saudari...,
Tersinggah skejap dkat kamar ’TINTA’ saudari….,Tertarik dengan coretan terbaru.., Sekadar pendapat peribadi...,


Rasanya ’Aku’ x perlula terlalu sensetive dkat si’Dia’..., Bukan mudah nk memahami spenuhnya hati setiap insan...,Lemparkan ajer Senyuman...Relaks...Cool...Sabar...,
Bukanke ”Sabar itu adalah penolong mu”...,

Anggapla si ’Dia’ sebagai CABARAN utk lebih matang...,X de guna hidup sbgai sahabat yg saling benci membenci...,Dampingilah PENGKRITIK kita..sayangilah si ’Dia’...,Disitu...terserlah KELEBIHAN dan KELEMAHAN kita...,
Cabaran mendatang lg besar dan mencabar...,Jangan ingat kita slalu perfect...,Small matter jer nih...,Pikir stdy lg bagus..,


Hargailah si ’Dia’ sebagai sahabat selagi si ‘Dia’ masih bernyawa...
Tiada guna tangisan..mohon maaf..
Jika hari esok jasad terpaku didepan mata...Hidup mesti riang...Ceria slalu...


Wassalam..

-FAZLI-

HbO said...

salam izi.. apa kabar ni? =)

Moga tabah dan kuat selalu. Salah satu ujian yang Allah akan turunkan kepada hambaNya adalah ujian emosi. Maka kita perlu bijak mengawalnya. Though its hard, Allah takkan membebani seseorang melebihi kemampuannya. Pasti awak ada kekuatan untuk menghadapinya!

Kita bukan sebarangan orang kan. Kita pemimpin umat, pejuang agama, harapan masyarakat. Maka kita perlu kuat! Maka tabahlah ye..

Share it with someone. Doa banyak-banyak kat Allah moga diberikan hati yang sabar. Bangun qiam kerna kekuatan itu dari Allah. Selalu doakan juga untuk dia. Doakan yang baik-baik(saranan hadis rasanya). Terkadang, di waktu macamni lah syaitan tu lagi kuat nak menggoda dan menggoncangkan hati kita.

Izi sabar ye? You are not alone. Whatever happens, Allah knows.

Sayang awak. =)

Madam Afifah said...

Salam wrb izy,

akak terasa sangat familiar dengan situasi ni =)

akak rasa masa nilah teruji "kerana ukhuwwah kita fillah". memang susah nak terima sahabat yang macam ni. sebab izy lain, dia pun lain. tapi Allah takkan beri izy ujian tanpa sebab. mungkin hendak menguji sejauh mana izy bleh menerima seseorang atas nama Allah atau pun meningkatkan tahap kesabaran izy. atau pun sebab lain... Allah sahaja yang tahu.

"dari hati biasanya akan jatuh ke hati". sebenarnya apa yang izy rasa, kawan izy pun rasa jugak. tapi izy describe sahabat izy agak kurang perasaan-perasaan ni.

tips satu je : belajarlah bersabar. cuba untuk menerima dirinya kerana Allah. sekali sekala boleh lari dari dia. tapi sekali sekala kena duduk dekat dengan dia untuk belajar mengenali dirinya dengan lebih dekat.

akak tau.. memang susah. tapi bak kata seorang ukhti "masa nilah terbukti bahawa kita menyayanginya Lillahi Taala. Sebab tak kira perangai dia macam mana pun, kita mesti senyum apabila bertemu dengannya, belajar bersangka baik, dll"...

berdoalah banyak2 pada Allah. akak rasa izy taknak hati yang keras. malah kita selalu berdoa agar hati kita dilembutkan... ye tak..

take care dear. may Allah guides u in everything you do.

love from bumi kenyalang
-kak pah

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::