Thursday, June 25, 2009

...ijlis bina nu'min sa'ah...

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.


Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.


Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”


Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman
peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai
mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan
maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”


Lagi kesan-kesan buruk dari perbuatan maksiat adalah seperti berikut:


Rezeki tidak lancar
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.

Keterasingan antara Allah
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing
antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh
diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan
di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan
keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup,
sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika
kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa,
segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat
taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali
kerana dosa.”

Keterasingan antara manusia
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

Allah akan menyulitkan urusannya
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada
setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui
kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa
disulitkan urusannya.

Kegelapan dalam hati
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan
gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat
adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu
terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal
yang menghancurkan tanpa disedari.

Maksiat melemahkan kekuatan hati
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya
hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat,
meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan
terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang
mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang
beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.

Malas mengerjakan ibadat
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat.
Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia
dan segala isinya.

Terbiasa berbuat dosa
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati
seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan
adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada
kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina.
Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku
maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah
kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk
mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi
pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman,
semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri
ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)






copy paste from
http://ivhenx.blog.friendster.com/2007/03/perbuatan-maksiat-lemahkan-kekuatan-hati/

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::