Saturday, July 25, 2009

...ukhuwah...

I apologise for not be able to post anything here since winter break. i have been busy with life that made my brain kind of block to produce any words while typing =) but trust me, i have much to say. btw, same goes to right now. but, not to disappoint those who wait for my update (macam la ramai sangat pembaca kan? ), i'll post this (so-called) article that i wrote for SINAR July edition in Melbourne. Those who went to Winter Camp in Portsea Camp Melbourne and Majlis Perasmian ISMA i.e Seminar Mahasiswa Malaysia also in Melbourne might have read this.



-------------------------------------------------------------------------------------
Manisnya Ukhuwah

Bismillahirrahmanirraheem….

Mencintai sesama mukmin dan berukhuwah adalah sesuatu yang penting yang dianjurkan oleh ajaran Islam kepada penganutnya. Allah SWT menegaskan kepetingan berukhuwah dalam ayat- ayat yang diwahyu kepada Rasulullah SAW. Salah satunya ialah

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat [49]: 10).
Namun nikmat dan seruan berukhwah ini bukan berhenti setakat hanya di dunia malah ianya mempunyai impact yang besar ketika yaumul qiyamah dan juga di destinasi akhir kita nanti, syurga. inshaAllah.


Ini dibuktikan dalam firman Allah yang bermaksud

"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara, duduk ber-hadap-hadapan diatas dipan-dipan" (al-Hijr [15]: 47).


“Teman- teman karib pada hari itu (hari kiamat) saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa” (al- Zukhruf [43]: 67)

Seperti yang telah diterangkan di atas, ukhuwah yang terjalin juga merupakan satu nikmat dan anugerah yang tidak terhingga yang diberikan oleh Allah kepada hamba- hambaNya. Buktinya, ukhuwah tidak dapat dibeli di pasaraya atau dijumpai di mana- mana tempat. Ianya adalah kurniaan daripada Allah kepada insan yang terpiilih.

"Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara" (Ali 'Imran [3]: 103).
"Dia-lah (Allah) yang memperkuat dirimu dengan pertolongan-Nya dan dengan orangorang Mukmin. Dan Dia Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang Mukmin). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka"
(al-Anfal [8]: 62-63).
Jadi, atas dasar apakah ukhuwah ini terjalin? Tidak lain dan tidak bukan ianya berasaskan iman dan aqidah yang kuat. Habis tu friendship macam mana? Samakah friendship dengan ukhuwah? Memang benar. ukhuwah tidak sama dengan friendship. Jika friendship terjalin disebabkan oleh perkara- perkara dunia yang tidak kekal contohnya, datang dari latar belakang yang lebih kurang sama, minat yang sama, suka lepak sama- sama atau untuk kepentingan- kepetingan yang tertentu, friendship itu tentulah sangat mudah untuk diputuskan lebih- lebih lagi bila faktor pengikat itu sudah tiada.

Tetapi ukhuwah yang terbina yang dilandaskan kepada Allah yang kekal, inshaAllah akan kekal, bukan sahaja ke akhir hayat tapi juga ke syurga.
Hayatilah kisah para muhajirin dan ansar. Adakah mereka mempunyai persamaan yang membolehkan mereka menjalinkan ukhuwah? Adakah kerana faktor minat yang sama? Tidak sama sekali kerana mereka tidak pernah berjumpa. Adakah faktor tempat? Jauh sekali tidak kerana Muhajirin dari Makkah dan Ansar di Madinah. Jadi, hanya satu, iaitu mereka menyahut seruan Allah supaya bersaudara dan mejalinkan ukhuwah hanya keranaNya bukan kerana kepentingan peribadi.
Masih ingat lagi dikala diri ini baru menjejakkan kaki di Australia, tiada siapa yang dikenali, kecuali dua tiga orang rakan dari kolej yang sama. Yang lain semua foreigners. Bercakap bahasa yang asing, pakaian yang pelik- pelik dan yang utamanya saiz badan yang jauh lebih besar. Tidak disangka- sangka, datang Ansar yang menyediakan makanan dikala lapar, menyuakan bantal dikala sedang berkira-kira untuk berbantalkan lengan. Yang asing telah jadi biasa.
Walaupun sebelum ini tidak pernah mengenali, namun hangat senyuman dan pelukan yang terzahir itu adatnya seperti lama telah bersua. Begitulah manisnya ukhuwah ini. Tidak bersandarkan material, tidak bersandarkan rupa. Terfikir sejenak, agaknya, jika ukhuwah ini berbayar, mampukah dengan seluruh harta yang dikumpul membayar harga setitik peluh seorang rakan yang merentasi bandar yang crowded yang hanya datang untuk bertanya khabar? Atau mampukah ukhwah itu dibeli dengan harga sebiji beg Gucci? Kalau begitu, ramailah orang yang bermusuhan kerana tidak mampu membeli sebuah ukhuwah.
Sedangkan hanya dengan sebuah senyuman dan melontarkan salam, itu sudah cukup menjalinkan ukhuwah. Sesenang itu. Tidak perlu untuk menjadi kaya dan cantik untuk berukhuwah.

Subhanallah cantik sungguh susunan alam dan fitrah yang dijadikan Allah ini!
Apa lagi yang hendak ditunggu? Betulkan niat bersahabat hanya keranaNya dan kejarlah syafaat Allah kerana pada yaumul qiyamat ketika tiada perlindungan kecuali perlindunganNya, Dia akan melindungi 7 golongan termasuk
"Dua orang yang menjalin tali cinta kerana Allah, mereka bersua dan berpisah kerana-Nya.”
Apa lagi yang hendak ditunggu? Rebutlah peluang untuk mendapatkan cinta Allah kerana Allah telah nyatakan dalam salah satu hadith QudsiNya;
“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana aku.


Marilah kita hangatkan musim sejuk ini dengan ukhuwah sesama kita, kenalilah saudara-saudara kita dari interstates lain, dan rapatkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin.
-------------------------------------------------------------------------------------

that is my first write-up intended to be published, so it might be "not-as-good-as-those-who- write-for- publication". but, what i cherished most is that, i am able to put my personal experience in this. it's true that i learn about ukhuwah here, in this country of down- under, not in Malaysia and i love the fact that Allah grants me the sweetness of ukhuwah at my 'young adult' age. so, it's never too late for me to spread my love to others in the cause of Allah.



i thank Allah and those who teach me how to 'berukhuwah'. now, even though how 'cheeky' i am as a person, i have them who will always guide me to the right path.


Love is not to be preserve but it's to be spread. and those who Allah touches their heart with love of a person in the cause of Allah, are very very very fortunate and rich over everything as Allah wants all the goodness for them. and i am glad to say that i am one of 'them'.




uhibbukum fillah =)

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::