Friday, September 18, 2009

..sekadar renungan...

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua? Diharapkan semua sihat badan dan juga sihat iman. Sedar tak sedar malam ni dah masuk malam ke 29 kita bersama tetamu dan sudah 28 hari kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa soon, 'tetamu' ini akan kembali ke pangkuan Tuannya, dan meninggalkan kita. terdetik di hati, adakah ini kali terakhir aku bertemu dengan tetamu ini ataupun dia akan kembali menyapa aku kembali pada tahun yang seterusnya. Allahua'lam. namun yang pasti, tetamu ini akan sentiasa dirindui. please don't go Ramadhan.
Dan, juga terdetik di hati ini, sudah berjayakah aku mencapai ijazah taqwa? sudah terampunkah dosa- dosa silamku? makin dekatkah aku denganMu? sudah cukupkan amalanku jika detik seterusnya aku dijemput Izrail? Allahua'lam. aku dan juga kamu tak punya jawapan. tepuk dada tanya iman, namun, doaku semoga semua amalan kita diterimaNya.
Namun begitu, masih belum terlambat untuk merebut ganjaran- ganjaran berlipat ganda kerana Ramadhan ini masik berbaki 1 lagi. rebutlah peluang itu, rebutlah harta berharga itu, kuatkan hati, teruskan mujahadah, kerana mungkin, hari sehari yang berbaki itu menjadi pelaburan kita untuk mendapat untung syurga.
Dalam persiapan syawal ini, besederhanalah dan tidak boros berbelanja. jangan menurut nafsu yang telah kita cuba tewaskan di sepanjang bulan Ramadhan ini.
sekadar tazkirah untuk diri sendiri dan antunna semua.
selamat menyambut hari kemenangan.

1 comment:

syazmina said...

InsyaAllah...terima kasih kerana mengingati..

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::