Wednesday, September 9, 2009

...hadiah best dari Dia...

090909 .... cantikkan??


19 Ramadhan 1430H ... permulaan sepuluh malam terakhir.


masa yang ditunggu telah tiba. speed up your ibadah gear, rebutlah satu malam yang berharga yang bernilai seribu bulan..


tapi bukan saya yang cakap,



"Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Quran pada Lailatul- Qadr. Tahukah engkau apakah Lailatul-Qadr itu? Lailatul-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan roh (Jibril) turun denga perintah Tuhan mereka kerana membawa segala urusan (yang bijaksana). Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing." (Al-Qadr)



kita umat mu'minin adalah diperintah supaya jangan lupakan malam yang agung itu. Nabi kita S.A.W telah menunjukkan satu cara yang mudah untuk memperingati malam itu supaya jiwa mempunyai hubungan yang abadi dengannya, di samping mempunyai hubungan yang abadi dengan peristiwa universal yang berlaku pada malam itu, iaitu beliau telah menggalakkan kita supaya menghidupkan malam itu dengan amal ibadat pada setiap tahun yang menunggu- nunggu Lailatul - Qadr pada malam- malam sepuluh Ramadhan yang terakhir.


tersebut di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim,


Sabda Rasulullah SAW:

"Carilah Lailatul Qadr itu pada malam- malam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."


"Barangsiapa yang berbuat ibadat pada lailatul- qadr keraan didorong keimanan dan harapan mendapatkan pahala dari Allah nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu"


(tafseer fi zilal)


siapa tak nak dosa dia terampun kan??
apa lagi?
jom kita!!

No comments:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::