Saturday, October 24, 2009

...cerita 'aku'...

Tersenyum bila melihat poster dan video promo Semai Mesra untuk tahun depan. =)


Punya kisah yang indah di sebalik Semai Mesra itu hampir 2 tahun yang lalu..


Benar, di situ segalanya bermula...


-------------------------------------------------------------------------------------
berperang dengan diri sama ada nak pergi ke tak. risau jugak sebab kakak- kakak yang promote Semai Mesra ni semuanya macam warak- warak. pakai tudung labuh-labuh, baju pun besar- besar..nanti apa pulak diorang cakap. aku ni dah la ada satu je baju panjang, seluar pun ada seluar jeans je. tudung haram la nak besar- besar.

tapi kesian pulak la kat F ni. nanti dia pergi sorang. Dah la dah janji ngan kak L dan kak E nak pegi. plak tu dah cakap kat ma nak balik lambat sebab nak pegi Semai Mesra dulu. Hisshhh.. nak pegi ke tak, nak pegi ke tak...


hmmmm.
tak yah la pegi. lepas ni balik terus balik umah. nanti bagi je la apa- apa alasan kat F tu. Tapi, entah apa la si F tu cakap sampai akhirnya aku pun terikut sekali, walaupun dengan sangat berat hati.


Al-kisahnya aku pergi la jugak ke sana. Sesampainya di sana, ada orang pick- up kan. semua orang pun nak berkenalan. wah, peramah sangat mereka- mereka sekalian. siap mereka- mereka itu boleh ingat nama aku lagi. hai, hebat betul. aku nak ingat nama mereka- mereka yang ramai itu pun terkial- kial. tertukar- tukar. (last2, bocor rahsia sebab mereka-mereka semua dari interstate yang sama dan dah lama kenal. hissh, patutla..)


aku lihat di sana ramai sungguh orang pakai tudung labuh. pakai
skirt. sopan- sopan. tapi sekali tanya course, doktor, engineering, architect, accounting, ada yang umur masih muda tapi dah grad, nak amik masters, baru nak apply phd, WHAT?? nak pengsan jugak dengar. terkejut sebab orang- orang warak macam ni pun boleh jadi sangat pandai.


lelaki dan perempuan diasingkan. buat aktiviti sama- sama gender which was, selama aku hidup, inilah kali pertama pergaulan dalam satu kem terbatas. best.. best... dan tak nampak pun dua orang lelaki dan perempuan bercakap antara satu sama lain face to face, melainkan, aku diberitahu, kakak tu isteri kepada abang tu.




malu sangat dengan pakaian aku masa tu. orang lain suma pakai sopan- sopan. aku, dari tudung yang selempang ke bahu, aku hanya mampu turunkan dan pin kat depan supaya tut
up dada (ala, pakai tudung segitiga macam tudung sekolah tu). tapi tak dengar pulak mereka- mereka mengata ke apa ke, apatah lagi tengok dengan pandangan slack. aku siap dilayan dengan penuh kasih sayang lagi. tak pernah rasa disayangi oleh ramai orang seperti aku rasa hari itu.


tapi ada la sekali sorang kakak tu dia cakap, tudung yang aku pakai tu tak boleh bawa pakai solat sebab jarang. rasa nak nangis jugak la. sebab itu la satu- satunya tudung aku ada untuk kem tu. huhuhu. (sebenarnya, lagi rasa haru nak nangis sebab tahu aku tak sepenuhnya tutup aurat. kena bakar dalam api neraka la jawabnya)



lagi haru bila orang lain baca matsurat, aku tak tahu pun nak baca. dah la semua orang baca laju.
aku, merangkak- rangkak lagi. saje je baca dengan suara slow, siap miming lagi. huih, parah!! orang lain siap hafal, baca keluar dari mulut je. aku, terkial-kial tengok buku. kadang- kadang, orang baca, aku tengok maksud, mulut miming.(hishh, don't try this at home tau!!)


ada banyak benda yang berlaku sepanjang aku di sana yang menyebabkan banyak persepsi aku berubah. tapi yang paling terkesan qudwah mereka. mereka tak cakap benda yang lagha, tak sebut words yang menyakitkan hati, selalu senyum, tak ber'gaul mesra' dengan lelaki dan lelaki pun tak gatal nak datang dekat dengan perempuan, kecuali husband and wife.


time tunggu solat, semua orang baca quran. sangat harmoni masa tu.
then ada beberapa video yang memang sangat menyentuh hati dan buat aku menangis. aku lupa tajuk video dia, tapi kalau tak silap, ada shot mat rempit tengah merempit, dan macam- macam masalah lagi yang ada kat malaysia tu. aku seriuosly tak pernah ditayang dengan video- video macam tu. yang selalu aku tengok, video menari, klip video boybands. lepas tu ada video lagu, lupa tajuk lagu tapi dia paparkan betapa susahnya orang zaman Rasulullah nak tegakkan Islam (which is actually snapshots from Muhammad The Last Prophet Movie).


di penghujung program dapat keychain koala dari kakak A seronok sangat. hehe. terus letak kat beg pastu balik dan show off kat family.


masa tu aku, rapat sangat dengan kakak- kakak Brisbane and Ex- Brisbane ie akak senior C2 IPBA, sebab aku je junior dari ipba ke brisbane datang. banyak dapat tips dari diorang termasukla promo kedai Savers kat Melbourne.. hehe. termotivated pl
ak nak pergi. pastu simpan azam awal- awal, nak pergi Melbourne.



balik dari kem tu, aku terus tanya ma ada tak stokin tangan, pastu, beli pegi beli stokin kaki, pastu pergi cari tudung besar sikit dan tak jarang, cari dan pakai baju yang paling besar aku ada, baca dan praktis matsurat hari- hari sampai nenek pun pelik, tanya apa aku baca, pastu baca quran hari-hari.
family sume memang pelik la. adik- adik siap panggil ustazah. tapi parents tak de la komen ape2. ma memang tak komen langsung. diam je. diam tanda setuju kan? kan? sejak dari itu sampai ke hari ini aku terus istiqamah dengan benda- benda tu. semoga terus istiqamah sampai aku mati. ameen


-----------------------------------------------------------------------------------------------

itulah serba sedikit cerita tentang 'aku'..

cerita 'aku' dan Kem Semai Mesra.


"Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah disebabkan kamu, kepada seorang lelaki adalah lebih baik untukmu daripada memilki unta-unta merah." [al-Bukhari]

Semoga Allah memberi semua yang terbaik untuk mereka yang membawa 'aku' ke 'jalan' ini.


Semoga Allah meneruskan kontrak hidayah untuk 'aku' hingga ke akhir hayat.. ameen.



poster pada tahun itu

2 comments:

Madam Afifah said...

masya Allah, thank you for reminding me dear =)

semoga tetap thabat setelah pulang ke Malaysia nanti

nurilahi said...

semoga tsabat my dear harun...semoga F itu pun tsabat smpai hujung nyawa...Too precious the moment...

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::