Saturday, November 7, 2009

...Selamat Ulang Tahun yang Pertama...


Semalam, 6 November 2009, saya menyambut ulang tahun saya yang pertama. bukan yang pertama di dunia, tetapi ulang tahun pertama berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Walaupun bukan genap setahun (i.e. saya mendapat tarbiyyah earlier than 6 November 2008), saya letakkan tahun 2008 sebagai milestone untuk mengira langkah- langkah saya di atas jalan ini.

Alhamdulillah, tiada kata yang boleh diucap, melainkan alhamdulillah kerana Allah masih memilih saya bersama di kalangan akhowat- akhowat seangkatan. namun saya sedar, setahun itu masih bukan kejayaan, kerana hakikatnya diri ini mengharap di jalan ini nafas terakhir dihembus. tetapi, syukur itu juga perlu, supaya nikmat ditambah- tambah lagi.


Nilaiku bukan satu undi


bila diri berada di atas jalan tarbiyah dan dakwah ini, nilai undi kita bukan lagi satu. malah berganda- ganda.

bayangkan, seorang yang mempunyai fikrah agama yang solid dari al- Quran dan sunnah dapat menarik beberapa orang untuk diberikan kebaikan, kefahaman agama yang sebetulnya. hakikatnya orang yang mempunyai ilmu dan kefahaman, tidak akan menghentikan apa yang difahami itu hanya setakat dirinya sendiri. ilmu dan kefahaman itu mesti dialirkan kepada orang lain supaya kebaikan itu dapat dikongsi bersama. dan bayangkan jika kita dapat mengalirkan ilmu itu kepada seorang, memahamkan mereka tentang risalah ini, seorang itu akan teruskan perjuangan bersama- sama dengan kita untuk menarik seorang lagi untuk diberikan kefahaman yang sama. itu hanya seorang, jika ada yang berkemampuan, mungkin lebih ramai boleh ditarik, yang dikalangan yang ramai itu, lebih ramai yang akan ditarik.


Formula ini juga yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengislamkan dunia. bermula dari seorang, dan akhirnya ramai sehingga mencapai 2/3 dunia.





jadi, betapa bernilainya diri kita sekiranya kita memahami agama ini dan berusaha untuk menyebarkannya. beruntunglah sesiapa yang memilih untuk berada di jalan tarbiyah dan dakwah ini. tetapi hakikatnya jalan ini bukan senang. bak kata orang yang berpengalaman, jalan dakwah tidak ditaburi bunga mawar, tapi penuh dengan duri. susah, memang susah.

Lagi susah nak tarbiyah diri sendiri. ramai yang gugur kerana memilih untuk kalah dengan pertarungan nafsu. apatah lagi untuk buat dakwah. nak seru orang buat kebaikan dan tinggalkan kejahatan. hendak berhadapan dengan orang yang banyak kerenah, memang memenatkan dan makan hati. apatah lagi hidup di dunia yang memang banyak 'grey area'. tetapi jalan susah itu jugalah yang terbaik. malah, memang diiktiraf oleh Pencipta kita sendiri.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang berdakwah (menyeru) kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (Fushilat (41): 33)


jadi, apa lagi kita nak selain diiktiraf menjadi orang yang 'terbagus' ucapannya?



Dan mungkin ada juga yang fikir,

"saya nak tarbiyah je lah, tak nak buat dakwah sebab dah ramai orang yang buat, lagipun rasa tak layak, alah, kalau saya tak buat pun, saya tak tarik sorang je. kalau rugi pun, rugi sorang je.."


pernah tak terfikir macam ni? anda pasti ke anda hanya akan hilang seorang??

honestly saya juga pernah terdetik di hati, saya hanya akan hilang seorang, tetapi hakikatnya inferens saya salah.


jom kita fikirkan.


hakikatnya, kita tertarik kepada dua tarikan, tarikan syariat dan tarikan syaitan. jika kita tidak tertarik kepada tarikan syariat, definitely kita akan terdedah kepada tarikan syaitan.


jadi, bayangkan tadi, jika kita tidak menarik seorang itu ke arah kebaikan, orang itu akan ditarik ke arah perkara sebaliknya. dan seorang itu akan menarik at least seorang dan mungkin lebih ramai ke arah perkara yang tidak syarie itu. jadi, kita pula menjadi sebab pihak musuh mempunyai lebih ramai pengikut.

jadi, adakah kita hanya hilang satu je??

worst than that, kita yang menyumbangkan ahli kepada pihak musuh dengan cara kita hanya berdiam diri dan memilih untuk 'membaikkan' diri seorang diri.


see, separuh dari itu, hilang..


jadi, apa tindakan kita? diam atau bertindak?


"tarbiyah dan dakwah" jahiliyah sedang bergerak, tarbiyah dan dakwah kita?


sekadar perkongsian ilmu dan tazkirah kepada diri sendiri terutama- tamanya..


..sedarlah, dirimu bukan satu undi...


jika harimau mati meninggalkan belang, biarlah aku mati meninggalkan Islam.




sumber:
Perbentangan Tarbiyyah & Kehidupan: Kejelasan terhadap dakwah dan tanggungjawab diri sendiri. K.A

3 comments:

Anonymous said...

Mg terus hidup dalam usia dakwah
...diwarisi dan mewariskan... =)

-K.A-

nurilahi said...

salam..mantap entrinya.=).btul ap yg anti katakn tu..dan dakwah ini akan tetap terus berjalan wlwpun tanpa kita seorang kerana ia adalah sunnatullah..Allah akn menggerakkan hati manusia lain utk memikul beban dakwah itu..namun, RUGIlah individu yg menarik diri itu dan Allah sedikit pun tidak akn RUGI dgn kehilangannya.."The road not taken"..
moga tsabat...

kak linda said...

agree with you dik..;-)
so, apalagi.. tingkatkanlah semangat kita utk terus mentarbiyah + berdakwah kepada diri kita dan juga rakan2 sekeliling kita.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::