Monday, December 7, 2009

..update...

Agak lama blog ini ditinggalkan tidak berupdate. bukan tiada cerita yang ingin dikongsikan, sometimes, certain things are better left unsaid. bukan juga tiada masa yang boleh diluangkan untuk mencoret sekadar sepatah dua kata, tapi, ..... entahlah ada saja halangannya.

alhamdulillah selamat sampai di tanah air tercinta pada 1 disember 2009 setelah flight delay semalaman di Brisbane.

sempat juga menghabiskan masa bersama keluarga di Putrajaya selama 2 hari sebelum balik ke Kelantan.



Dalam masa itu, semasa berjalan- jalan di kota Kuala Lumpur, banyak sungguh perubahan yang aku lihat. Bukan perubahan keadaan, tetapi, perubahan fikrah sendiri. alhamdulillah wa Syukurillah, di sebalik kegelisahan dan kepedihan hati melihat umat 'terkeliru' dari Islam sebenar, sempat mulut mengucap hamdalah kerana akhirnya, mata ini terbuka juga, menilai sesebuah keadaan dari sudut kaca mata Islam yang sebenar.

jika dulu, aku juga berada di kalangan mereka. hidup tanpa hala tuju. keluar untuk suka- suka tanpa tujuan. sungguh, melihat keadaan itu, bahu ini terasa semakin berat, hampir 'terjelepuk' namun masih ingat pesanan Al-Muntalaq, hanya gerhana bukan terbenamnya matahari. masih terbisik janji Yang Agung, "Islam pasti kan naik kembali". hanya mahu atau tidak. semoga Allah teguhkan hati dan kukuhkan langkah kaki ku ini.

Itu 'dunia luar'. 'Dunia dalam?'. keluarga? adik- adik sayangku dengan zaman remaja mereka, zaman untuk membesar, mencuba, memahami dunia, sayangnya jika tidak diterapkan dengan nilai- nilai islami yang syumul. jika dilihat, 'dunia dalam' ini tidak jauh dari 'dunia luar' sama sahaja, seiringan, seacuan. ya, di situ tanggungjawabku sebagai yang sulung. semoga dapat menjadi qudwah hasanah kepada mereka. insyaAllah, slowly but.. improving.


sukar untuk melawan arus, tapi tidak mustahil. hanya perlu lawan diri sendiri, kerana masyarakat sekarang sukakan Islam. alhamdulillah, perubahan cara pemakaian aku tidak menjadi masalah buat keluarga malah mendapat sokongan. teringat kata- kata yang dikeluarkan dari mulut nenek tersayang saat pertama kali melihatku.

"Mek suka Yan pakai macam ni"

alhamdulillah. Kau telah memudahkan jalanku. Pendek kata, keluarga bukan penghalang.


____________________________________________________________________
Rindukan suasana di Brisbane, rindukan Wafa', rindukan program tarbiyyah, tetapi, aku suka di sini, aku suka di sini, aku suka di sini. inilah tarbiyyah dan medan yang sebenar. peluang untuk 'membesar'. semoga aku terus wafa'..




..Wafa' - sudah rindu..

2 comments:

Madam Afifah said...

Salam wrb izy dearest,

semoga semangat ini..
sensitiviti ini..
kesedaran ini..

akan tetap bersama izy sampai bila2..

semoga tetap thabat adikku

wafa' al banna said...

kini kisah di blog kita akan berbeza.. :)
tapi matlamat kita tetap sama

*sdg bertapa di negeri victoria

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::