Wednesday, October 5, 2011

...thanks Saqir for making me cry..



hari ini dalam sejarah, teacher izyan menangis di sekolah. sila beri tepukan kepada saqiruddin tahun 2 kerana berjaya buat i menangis. perggh, tak pernah aku menangis sebab budak sekolah, kali ni kau memang hebat la sebab berjaya membuat aku menangis dan merayu- rayu dengan GPK 1 untuk tak mengajar lagi kelas darjah 2 ni. 

dari awal tahun mengajar lagi memang i dah bersabar dengan budak- budak darjah 2 ni. memang out of control. budaknya 12 orang je tapi seriously macam mengajar 120 orang.. ya Allah, dengan bisingnya, dengan tak bawak bukunya, dengan tak siap kerjanya,TAK DENGAR KATANYA, dengan dengan berlarinya. erm yang berlarinya si sudin, the one and only orang asli pemulihan dalam kelas. dia memang off-task masa BM jadi, masa BI memang berlari- larian mengusik kawan- kawan nya... =( nanges aku.. 

orang kata budak- budak off- task sebab cikgu mengajar tak best, tapi agak- agaknya, kalau aku mengajar bahasa inggeris, translate 1000000% bahasa melayu, guna computer, slide comel-comel, dalam kelas bawak bbm warna-warni, tak best ke?? agaknya aku ni syok sendiri.. 

dari mengajar diorang 8 masa seminggu, kena tambah lagi 3 masa untuk sains.. arghh, agak-agak la 11 masa jumpa diorang setiap minggu, hectic x?.. memang sangat3 hectic, nak muntah.. sejak dari pertengahan hari tu, memang aku agak stress la bila kena masuk kelas dan jumpa budak- budak yang sama dengan perangai yang sama.. tak berubah langsung.. dah macam- macam cara buat. dulu masuk kelas, aku senyum and happy2, tapi sejak perangai diorang menjadi- jadi, memang dah jadi macam mak tiri. masuk kelas je, pegang rotan. dah pegang rotan tu, sure la 2,3 orang kena tibai. muka memang maintain mak singa. xdok dah senyum- senyum ni, except for those yang siapkan kerja. erghh, memang sangat stress, sebab setiap kali kelas kena maintain macam tu, kalau tak, keadaan kelas memang lagi out of hands.. garang2 pun tak terkawal, kalau senyum2 memang bengang la bila keluar kelas tu..  nak main reverse psychology? dah puluh2 kali main dah, diorang blur. dah penah buat senyap tak bercakap dengan diorang dengan pandangan tajam, boleh lagi dok gelak-gelak main lari-lari cuit kawan... berasap tak telinga.???? =* dah cuba cakap perlahan-lahan, memang boleh lagi dia g sharpen pencil dekat bawah meja.. hari hari nak ngajar, memang kena jerit, kalau tak, haram nak dengar ape aku cakap... sampai cikgu-cikgu kat sekolah tu dah faham, kalau teacher izyan mengajar terjeit-jerit tu, memang dok dalam kelas darjah 2 la tu. 

stress tau pergi sekolah bila kena jadi someone that you don't want to be. i admit, budak2 year 1 and 4 pun nakal jugak, tapi bila nasihat sekali, they behave.. tapi ini budak2, 100 kali kau jerit sampai keluar anak tekak pun diorang boleh gelak, apetah lagi jika kau diam, lagi la bermaharajalela... i'm not someone who's easily get angry, who like to shout at people, who say foul words, but they force me to do so. they force me to use physical contact. so, memang demotivated sangat bila bangun pagi and tengok jadual kena masuk kelas diorang.. erghhhh...


tapi serious, semua tu aku telan sorang je. cerita jugak kat cikgu2 sekolah tu. diorang pun ada bagi nasihat, dan nasihat tu memang aku ikut la i.e kena buat tegas, jangan main-main sangat dengan diorang, but still the result was still the same.. ergghhhhh... 

selama ni memang bersabar habis la. apa diorang buat, i kept on telling myself that they are just kids, be patient and hold on until the end of this year... tapi seriously, incident pagi tadi buat aku totally give up.. give up habis-habisan.. 


rasa bengang/mengamuk tak, bila kena jaga kelas tu, dah siap-siap bagi kerja, tiba-tiba ada budak pergi buat silap mata TELAN DUIT SYILING 20 SEN depan kawan-kawan dia ????? kemudian, duit tu terlekat kat tekak???? lepas tu budak separuh nafas tu datang mintak izin dengan kau nak pergi tandas dengan mata merah dan berair, sambil pegang tekak dengan dua2 tangan???? aku rasa nak lempang, tapi nasib baik cepat beristighfar.... cemas tu ada jugak, tapi agaknya balasan la dekat si budak tu, sebab hari ni dia memang buat perangai sehabis-habis nye sampai aku terasa hati. boleh tak masa beratur nak masuk library, dia boleh pegi makan aiskrim, pastu lari- lari depan aku, when i was standing in front of him?? kalau ikut syaitan, nak aja cakap padan muka kau! tapi tak elok la perangai cikgu macam tu. so aku g start enjin kereta hantar dia pergi klinik.. call mak dia, inform anak dia tercekik syiling.... then balik sekolah, memang tak tahan perasaan dah, terus nangis teresak- esak depan ustaz, ustazah n teacher kat dalam bilik guru. memang tak tertanggung dah burden yang ada dalam hati ni. dah lega sikit, g sambung nangis depan GPK HEM and GPK 1 nak minta tukar ngajar kelas lain... rasa dah tawar hati dengan budak- budak ni... 


itu lah ceritanya hari ni.. thanks la to saqiruddin + budak-budak 2 Bijak sebab buat teacher menangis dengan perangai kamu... kereta teacher masuk longkang, teacher leh gelak lagi. teacher jeles dengan orang teacher sayang, teacher leh tahan lagi. teacher kena saman, teacher leh relaks lagi, tapi sebab korang, teacher menangis, stress, and feel challenged. thanks for making me a human being... 


2 comments:

Anonymous said...

sabar dgn dugaan yang diberi....itu semua merupajan cabaran bagi anda untuk meneruskan karier sebagai guru...saya juga seorang guru baru ada juga menerima cabaran ini tetapi saya menerimanya dgn hati terbuka dan saya tidak pernah putus asa dlm mencari jalan bagaimana mendisiplinkan murid2 saya...JGN LARI DARI MASALAH ATAU CABARAN YANG MENDATANG TETAPI CARI JALAN BAGAIMANA MENYELESAIKAN ATAU MENGHAPAI CABARAN TERSEBUT!! jika anda hanya memikirkan bagaimana untuk lari dari masalah tersebut sampai bila2 anda tidak akan menjadi insan yang tahan lasak dgn masalah dgn cabaran...bersabarlah dan semoga sukses dalam dunia perguruan... (^_^)

nurilahi said...

izy, i understand how you feel.the same feeling when you have to become someone that you don't like.I have to become someone yang very strict,don't really trust students' story and so on..tak suka sgt2..but need to..hurm..but since the responsibility is on me, i have to take it whether i like it or not.just try my best and let go of the bad feeling..insyaAllah it teaches us to be tougher..just for once, stop walking, and try to look back..you will see the beauty..insyAllah...

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::