Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.

Perlukan Photographer?

Perlukan Photographer?
Click di sini =)

Friday, August 14, 2009

~~Ramadhan Returns~~

dalam kesibukan mengejar due date assignment yang lagi susah dan payah. tidak terlupa diri ini untuk merasai debaran kedatangan tetamu istimewa yang akan bertamu lebih kurang seminggu.

kesibukan mengejar dunia, masih juga tidak menghalang untuk kami bersibuk-sibukan dalam melakukan persiapan menunggu kedatangannya.


waaa. sangat tak sabar...




ahlan wa sahlan ya Ramadhan


"Diriwayatkan dari Abu Hanifah r.a, sabda Rasulullah SAW, 'telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan penuh berkah yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, pintu- pintu surga dibuka, pintu- pintu neraka ditutup dan setan- setan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak mendapat kebaikannya, sungguh ia telah merugi" (HR Imam Ahmad)

"wahai orang- orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (2:183)


=)

=)

=)




apa persiapan kami???


hehe..

first step ialah........


jeng.. jeng.. jeng....




-----------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt...

Diharapkan email ini sampai kepada kalian berada dalam keadaan yang ceria walaupun sibuk dengan urusan assignments and uni life masing- masing.

Inshaallah, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan yang mulia dan bulan yang penuh barakah, iaitu bulan Ramadhan. Kepada adik- adik first year yang mungkin excited untuk berpuasa di Negara kangaroo ini, ketahuilah bahawa pengalaman berpuasa di sini sangatlah berbeza dengan pengalaman di Malaysia. Pengalaman yang sangat best, InshaAllah =)

Baiklah, hari Ahad ini, inshaAllah akan diadakan special gathering khas untuk menyambut ramadhan ini. Anda semua dijemput hadir ke:

~~Ramadhan Returns~~

Hari : Ahad

Tarikh : 16th August 2009 (25 Syaaban 1430H)

Masa : 10.30 am12.30pm

Tempat : Darussalam a.k.a 9/77 Warren St. St. Lucia (rumah Izyan Hamizah dan Nurul Saqinah)

Pada ~~Ramadhan Returns~~kali ini, kita akan share sedikit informasi tentang bulan Ramadhan yang sangat special yang akan kita tempuhi nanti dan juga briefing untuk aktiviti- aktiviti yang akan diadakan di sepanjang bulan Ramadhan. Inshaallah, aktiviti- aktiviti ini semuanya menyeronokkan di samping dapat membantu menghayati keindahan Ramadhan itu sendiri.

Tunggu ape lagi? Jom join ~~Ramadhan Returns~~

Jom kita sama- sama memeriahkan lagi suasana Ramadhan kita dengan aktiviti- aktiviti yang menarik ini.

Salam sayang untuk semua,

Izyan Izaman

P/S : boleh contact saya, jika ada apa- apa pertanyaan. =)



----------------------------------------------------------------------------------------

nak tahu apa aktiviti nye??

inshaAllah akan direveal after ahad. =)


p/s: anggaplah post ini juga sebagai jemputan .



"allahumma balighna Ramadhan"

2 wise thoughts:

dyanakamal said...

salam izi,

selamat menyambut ramadhan. inshaAllah NZ pose hari sabtu ni. org nak mitok maaf byk izi kalu ade saloh silap lame ni deh. doa deh ke org jgk kat sini. take care izi:)

izyanhamizah said...

inshaAllah Diana. diana pun sama. make the most of this Ramadhan. izy pun mnt maaf kalau ade salah ape2..
=)
semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna kepada kita =)

::kind readers::