Showing posts with label cikgu matters. Show all posts
Showing posts with label cikgu matters. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

...Ejaan...

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak update.
Hari ni di computer lab. Lepas kelas tahun 3.
Ajar PK. Adakah aku yang problem atau budak sekarang memang masalah ejaan?

Stress aku dibuatnya. tilivesen, alhi, keluraga...

Nasib baik aku ajar BI, kalau ajar BM, mau aku mengamuk setiap hari.

Sekian,

Tulisan - style - touch and go


Wednesday, April 21, 2010

...Teachers out there!!..

this is my third post of the day =P haiyya, go do your proposal la!!!


This post 'accidentally laid' in my FB inbox. From Siswa IPGM page

let's read it..

__________________________________________________________________

Rupanya ini berkat perjalananku ke Pusat Sumber IPGM Kampus Sultan Mizan. Mulanya niat di hati nak mengulangkaji maklumlah minggu exam, ada satu paper lagi. Dan kini baru aku akui pepatah Melayu “Jauh perjalanan Luas Pemandangan”. Terima kasih untuk anugerah yang ALLAH berikan. Pertemuan dengan pensyarahku amat bermakna. Baru kini aku fahami hati seorang ayah.

Mulanya, aku amat tertekan berada dalam dunia perguruan. 5 tahun setengah, lama tu. Hidup ku terasa gelap, suram, keceriaan dan kegembiraan ku telah diragut. Aku nak jadi anak yang solehah. Lalu,aku turuti jalan yang di pilihkan untukku. Berada dalam bidang yang bukan menjadi pilihanku. Akhirnya,kini aku berbangga kerana aku akan memulakan langkah dan perjuangan bersama guru-guru yang lain.

Guru amat bermakna dalam hidup seorang insan. Ibu bapa adalah pencorak anak-anak tetapi gurulah pengukuhnya. Kenapa? Cuba bayangkan berapa lama tempoh kita di sekolah berbanding tempoh kita di rumah? Kita lebih lama di sekolah untuk belajar kan?? Di situlah guru harus memainkan peranan. Masa yang ada bukan hanya untuk mengajar tetapi juga untuk mendidik mereka dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Ada yang menjadi guru kerana hanya itu sahaja peluang kerja yang mampu menjanjikan pekerjaan. Namun, hati mereka kosong untuk mendidik. Banyak keluhan yang aku dengar.

“Bosanlah duduk kat maktab..”
“Jom,kita lepak dulu”
“Exam lama lagi”
“Dahl ah maktab ni tercorok kat hujung dunia…Jauh dari Bandar…Tension aku”
“Cuba cakap,apa lagi yang aku boleh buat?Study?Main?Hari-hari benda yang sama….Bosan tahu tak!!!!”

Itulah antara keluhan dan bisikan-bisikan di hati insan yang jiwanya perlukan makanan. Sebenarnya, dunia pendidikan tidak semudah apa yang orang lain fikirkan. Tapi, bagi aku ianya sesuatu yang menarik untuk dikaji dan di terokai. “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”, Betul tak?

Dalam dunia pendidikan ini, aku bukan sahaja belajar membentuk diriku tetapi juga belajar untuk mencipta peluang dan impian. Aku juga belajar untuk meneroka sifat-sifat manusia. Mulanya,aku seorang yang agak susah untuk berbicara dengan orang lain, pemarah, pantang disentuh terus melenting. Dan kini, Alhamdulillah. Aku berbangga dengan diriku. Aku sudah mampu bersabar dengan ragam dunia,aku juga mampu berdiri teguh takala ujian menimpa. Itulah kekuatan yang ku perolehi

Dalam apa jua bidang, professional dan personal harus di bezakan. Andai anda telah atau bakal memilih bidang pendidikan, tekadkanlah hati. Betulkan niat. Niat sebenar hanya untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi anak-anak didik yang bukan sahaja cemerlang fizikal tetapi juga cemerlang rohani. Kerana, saat kita di tanya di padang mahsyar kelak tentang tanggungjawab kita. Kita ada jawapan yang kukuh….

“AKU TELAH BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURIDKU UNTUK MENGABDIKAN DIRI MEREKA PADA-MU DENGAN ILMU-ILMU YANG KU CURAHKAN… ILMU-ILMU YANG KAMI BERIKAN TELAH MAMPU MEMBAWA MEREKA SEMAKIN DEKAT PADA-MU YA ALLAH….”

Tapi,cuba bayangkan andai tinggal selangkah lagi langkah kita untuk memasuki syurgaNya, Tiba-tiba….

“Nanti dulu YA ALLAH….Jangan benarkan orang itu masuk ke syurga”. Tercengang sendiri…Mengapa perjalanku dihalang…

“Mengapa kau melarang guru mu ini untuk memasuki syurgaKu?”

"Kalau KAU ingin tahu….Guru ini tidak pernah menegur kesilapanku…Dia hanya mengajar aku ilmu dunia….Dengan ilmu itu,aku semakin jauh dariMu….Kehadirannya hanya untuk mengajar…Cukup bulan dapt gaji…Tapi,akhlak kami tetap rosak"

Ya Allah…..Apa perasaan kita ketika itu????Ingin mengulang semula masa lampau???Tiada gunanya. Kerana semua itu sudah berlalu. Oleh sebab itu, wahai insan bernama guru. Kukuhkanlah dirimu dengan AL-QURAN dan Al-Sunnah untuk menjadi panduan hidupmu agar anak-anak yang akan lahir daripada hasil tanganmu kelak merupakan anak-anak yang soleh solehah.

Akan lahirlah lebih ramai SALAHUDDIN AL-AYYUBI, anak-anak seperti di Palestin yang tidak pernah takut pada Yahudi dalam menegakkan ISLAM. Merekalah yang akan menyambung perjuanganmu dalam membela ad-din tercinta. Jadilah contoh yang terbaik kepada anak-anak didikmu. Dalam masa yang sama, ketahuilah bahawa pilihan yang dibuat oleh insan bernama ibu dan bapa selalunya adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kerana pengalaman mereka, perhubungan mereka dan mereka juga lebih dulu tahu tentang ragam dan sepak terajang dunia ini.

SIAPA PUN DIRIMU….KAMU ADALAH SEORANG GURU…GURU KEPADA DIRI…GURU KEPADA KELUARGA….GURU KEPADA MASYARAKAT…DAN GURU YANG MEMBAWA ISLAM….

Al-Fatehah untuk guru-guru kita yang telah banyak menabur jasa dan bakti….Al-Fatehah…..

___________________________________________________________________

Library is closing. will comment on this if i have time. till then, toddles..

Monday, October 12, 2009

...the latest news...

Well, it's not really latest though...


Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.
Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam. Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia. Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan. Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan. Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam. Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail. com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah. Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini. Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara. Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan. “Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut. “Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.


retrieved from
http://upsikini.blogspot.com/2009/10/tnc-penempatan-ke-sekolah-dibeku.html


further information and explanation, please click the above URL.


not sure how much this information can be truthful, but if it's really happen, i believe a lot of things need clarification, a lot of hearts will break, a lot of controversy will raise.

but, anything happen, i hope, this piece of Kalamullah can be the cure or at least the anti-depressant


'...Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan memberikannya rezeki dari arah yang tak disangka- sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan cukupkan (keperluan)nya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.'
(At- Talaaq: 2-3)
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::