Friday, September 2, 2011
...an advice...
Tuesday, December 21, 2010
...vitamin C untukmu...
Kerana diammu adalah satu bukti cintamu padanya......
kau ingin memuliakan dia....
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang....
kau tak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya.......
Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.....
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzahmu dan iffahmu.....
Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya....
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah Allah pilih untukmu.....
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan.....
Tapi pada akhirnya mereka disatukan dengan ikatan suci nan indah....
Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan......
kekuatan harapan.....
Hingga mungkin sahaja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan yang nyata.....
Bukankah Allah tak pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya.......
Dan jika "cinta dalam diammu" itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara dalam dunia nyata....
biarkan ia tetap diam.......
itu mungkin lebih baik.....
Jika dia memang bukan milikmu......
dgn izin Allah, dgn melalui waktu akan menghapus cintamu dalam diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah,.....
dan orang yang tepat....
Biarkan "cinta dalam diammu" itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dang Sang Pemilik hatimu......
Itu mungkin lebih indah...... wallahu'alam :) ♥
kesetiaan kepada suaminya;
sebagaimana kesetiaan zainaB binti muhammad s.a.w..
Pengabdian kepada Allah Ta'ala;
sebagaimana pengaBdian Rabiatul Adawiyah..
dan iltizam unTuk menjadi isteri dan ibu s0lehah;
sebagaimana yang ada pada diri sumayyah..
Kurniakan kepada si suami,
kebijaksanaan membimbing isteriny ke ambang syurga
dan sem0ga dy sabar dengan apa yang menduganya
sebagaimana nabi Allah Ayub a.s bersabar terhadap imannya,
kesihatannya dan keluarganya...
Amin.... ♥
Tuesday, October 27, 2009
Monday, July 28, 2008
..wanita = pohon semalu..
mcm biase, dh jadi habit ana ble bkk internet mesti nk menjengah ke web iluvislam, tgk kot2 ade post br.. mmg betul ade.. dn lagi ianya pasal wanita.. Mungkin dh ditakdirkan Allah utk ana tau lebih mendalam pasal ciri2 wanita islam ni.. sbb semalam pun, ade tazkirah psl perempuan jgk.. bgs jugak perkongsian dr akhawat2 pasal wanita ni tambah2 pula time, kte semua ingin 'berhijrah' untuk kebaikan..
smalam ukthti nora ade cite pasal perempuan diibaratkan seperti daun semalu.. erm, buat sye terfikir.. betul gak tu.. Alhamdulillah ilmu baru.. perempuan boleh (n patut) di samakan dgn daun semalu sbb:
1) kan kalu kte sentuh daun dia (walau sikit je), ia akan menguncup.. : so, wanita sepatutnye jd mcm tu (atau bersifat cmtu) bak kate ukhti Ayu ting just now, women should be sensitive. lagi satu ble brfikir pasal pokok semalu ni, dia sgt2 la "pemalu"..pernah ari tu, seingat ana, adik anak mse tu kecik lagi, dia tny..
"Ye, bakpo pokok ni xleh kene pege (pegang)? pege sikit pong (pun) mesti nk tutup? malu sangat ek?"
so, jwapn ana mse bdk2 dulu..
"ntah la, cbe tny dia nape dia malu sgt?"
huhu, serius, jwpn ynag sagt xmembantu adik ana tu.. nk wat cmne, ana pun xtau..
jd ana nk bgtau kat cni yang perempuan tu mmg sepatutnye malu la.. malu nk bkk aurat, malu nk wat maksiat, malu nk berperangai yng xsepatutnye.. malu for everything la.. lagipun malu itu merupakan satu cabang iman. benarlah kate2 itu. kl tgk mnusia2 di luar sane ynag xde fahaman tentang agama especially Islam ni, dh xsegan silu, buat perkara2 yang xsenonoh.
2)pokok semalu ni berakar tunjang..so, kl berakar tunjng, mestilah ssh nk dicabutkan? mcm tu la wanita kne jadi. akar tunjng yang dimaksudkan ialah pegangan kpd agama, xmudah goyah walaupun digoda.
3)thirdly, pokok semalu ni berduri.. dan duri nye mmg sgt tajam. halus n tajam, senang je nk berdarah kl kne/ terpijak duri dia. lebih2 lagi kl kte barefooted. thus, wanita sepatutnye mempunyai pertahann fizikal yng kuat in case kl kne serang/kacau. erm, mungkin kte ptt consider taking a seni mempertahankan diri class. bgs la kl sape2 yng dh ade.. ttp kl yng xde tu, satu care alternative yng kte leh wat ialah bawak spray nyamuk.. kl ade je orng wat kasar lebih2, sembur je kat mata.. hehe..
4)kate ukhti tu, pokok semalu ni akan menguncup dgn sendirinye waktu senja.. erm, yng ni ana xsure. mungkin betul kot.. cbe observe pokok semalu yng berdekatan, kl betul leh la bgtau saye blk. tp rasional nye perbandingan ini ialah, wanita sepatutnye di rumah ble dh senja.. xbaik kuar jln2/ merayau2 tanpa tujuan time senja. ape orng tua2 kate, xmanis. tp kl ikut malay culture pun mmg betul la kan, nenek2, atuk2 sagt marah kl tgk pmpuan jalan time2 maghrib/senja.lebih2 lagi kl terserempak time mereka nk g solat kat masjid.
rsenye itulah isi2 yng ukthi nora cerita smalam.. walaupun simple, tp membuatkan saye sedar dan betapa menariknye perbndingn tu..
ok, dh sampai mse nk g klas.. afwan jidan kl penceritaan ana ni xmenggunakan ayat skema seperti penulis lain.. sbnrnye, xreti pun nk tulis secara serius o ayat skema.. hehe.. sekadar sharing informally n sekaligus , nk reflect blk ape yng ana blaja smalam..
ps: xsesuai untuk dibace oleh kanak2 yng br belajar membaca.
Thursday, June 19, 2008
..pesanan Rasulullah SAW kepada WANITA..
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya, “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api”. Saidatina Aisyah bertanya, mengapa wahai Rasullullah?
Jawab Rasulullah SAW:
1. Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dlm menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayan suami dan melakukan kerja rumah.
2. Tiada memuji ataupun berterima kasih (bersyukur) diatas kemurahan Allah yg didatangkan melalui suaminya (jarang org perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)
3. Sering mengkufur (engkar) terhadap nikmat Allah, contohnya apabila berlaku suatu pertengkaran ada isteri yg berkata “Sudah 10 thn berkahwin dgn awak tak ada apa-apa pun”.
4. Gemar bercakap perkara yg sia-sia yg berdosa,contohnya memperkecil-kecilkan suami dan mengumpat. Tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali ia menghulurkan tangannya kpd suami (meminta ampun dan maaf)
5. Hadis Nabi SAW “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan itu ialah wanita ataupun isteri yg solehah”
6. Sabda Rasulullah SAW “mana-mana perempuan yg memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yg memandangnya itu adalah zina.
7. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar rumah kecuali atas urusan yg mustahak. Wanita yg keluar rumah akan dipersonakan oleh iblis. Sabda Nabi SAW ” perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia”
8. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita ( yg halal nikah kecuali dlm urusan menuntut ilmu dan berjual beli ). Diriwayatkan bhw satu hari, ketika Rasullullah SAW bersama isterinya, (Ummu Salamah dan Maimunah) datang sahabatnya yg buta (Ibnu Maktum). Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dlm. Bertanya Ummu Salamah “Bukankah org itu tidak dpt melihat kami Ya Rasullullah?” Rasullullah SAW menjawab, “Bukankah kamu dpt melihat?”
9. Rasulullah SAW bersabda “Perempuan yg melabuhkan pakain dlm keadaan berhias (bukan utk suami dan mahramnya) adalah seumpana gelap gelita pd hari kiamat, tiada Nur baginya.”
10.Sabda Rasulullah SAW “Dikahwini wanita kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka carilah yg kuat beragama, nescaya kamu bertuah.”
11.Hadis nabi SAW “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya”.
12.Sabda nabi SAW “Wanita yg taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhaiNya.”
13.Sabda nabi SAW:” wanita yg taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yg disukainya, tanpa hisab”
14. Hadis Nabi, “Mana wanita yg bermasam muka menyebabkan tersinggung suami, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya”.
15. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dgn tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dgn tidak seizin suaminya.
16.Nabi SAW bersabda “Tidakkan putus ganjaran dari Allah kpd seorg isteri yg siang dan malamnya menggembirakan uaminya”.
17.Dari Muaz, Sabda Nabi SAW “Mana-mana wanita yg berdiri atas dua kakinya membakar roti utk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api neraka”.
18.Dan mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan-minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan
baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorg hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan keramat itu. Tidak seorang pun yg sampai ke martabat itu kecuali Nabi-nabi.
Thabit Al-Bananiy berkata “seorang wanita dari Bani Israel yg buta sebelah matanya sgt baik khidmatnya kpd suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita hingga suaminya selesai. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yg buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan) pada perempuan itu kerana kemuliaan dan penghormatannya pada suaminya.
19.Dari Ibnu Mas’ud, katanya nabi SAW bersabda: “Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dlm urusan agama maka Allah akan memasukkannya ke dlm syurga lebih dahulu dari suaminya (500 thn) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga utk turun ke mahligai suaminya dan menghadap Allah swt.
20.Nabi Saw bersabda: ” Mana-mana wanita yg berkata kpd suaminya ‘Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun ‘, maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
21.Sabda Nabi SAW “Sebaik-baik wanita (isteri) yg apabila engkau memandang kepadanya, ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah diturutnya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya”.
22. Sabda Nabi SAW “Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika dia terpaksa (krn sesuatu urusan yg mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan ditepinya”.
23. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dlm laknat malaikat hingga ke pagi.
24. Sabda Nabi SAW ” Wanita yg mempergunakan lidahnya utk menyakiti hati suaminya ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekalian
25. Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW ” Wanita yg tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku dlm syurga.”
26. Dlm Kitab Muhimah “Hendaklah isteri mendahului suaminya atas hak dirinya dari seluruh kaum kerabatnya”.
27. Rasulullah SAW bersabda “syurga itu di bawah telapak kaki ibu”.
28. Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang itu mengandungkan janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah akan malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan “.
29. Sabda Nabi SAW ” Apabila seorg wanita sakit utk bersalin maka Allah mencatat baginya pahala org yg berjihad pada jalan Allah ”
30. Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah! Mana-mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kuku suaminya, Allah akan berikan dia minum dari sungai-sungai dlm syurga serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan baginya kelepasan dari api neraka dan selamat ia melintas titian sirat“.
31. Dari Ali bin Abi Talib, Aku dengar Rasululullah SAW bersabda, Tiga golongan umatku akan mengisi neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia mereka iaitu:
a. Orang yg gemuk tetapi kurus
b. Orang yg berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yg alim tetapi jahil
Adapun yg gemuk ttp kurus itu ialah wanita yg gemuk (sihat) tubuh badannya tetapi kurang amal ibadatnya.
Adapun org yg berpakaian ttp telanjang itu ialah wanita yg cukup pakaiannya ttp tidak taat agama.
Dan adapun orang yg alim ttp jahil itu ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
32. Sabda Nabi SAW ” Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka adalah wanita” Ditanya, “Mengapakah demikian Ya Rasululullah?” Dijawab baginda SAW ” Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jikalau engkau berbuat baik kpdnya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup “.
33.Sabda Nabi SAW ” Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita” maka menangislah mereka dan bertanya salah seorg dpd mereka “mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab nabi, “Tidak, mereka ini ialah mereka yg tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorg kamu adalah nikmat suaminya”.
34. Sabda Nabi SAW ” Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorg lelaki didlm neraka dan dua kali ganda seorglelaki di dlm syurga”
35. Sabda Nabi SAW “Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dgn api neraka, di antara parit-parit itu ialah sejauh langit dan bumi”.
36. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang-benang Allah akan mencatatkan utknya perbuatanbaik sebanyak utas benang yg dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat”.
37. “Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg menganyam akan benang yg dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas utknya di atas takhta di hari akhirat.”
38. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg memintal benang dan kemudian dibuat pakaian utk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti org yg memberi makan kpd seribu org lapar dan memberi pakaian kpd seribu org yg tidak berpakaian.
39. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan utknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yg jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata org-org yg memerhati.
..taken from blog antara cita dan cinta...
Tuesday, April 29, 2008
..kepada sahabat muslimah ku... aku sayang padamu..

Monday, April 28, 2008
..kerana aku ingin menjadi wanita solehah..

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,
Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,
Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,
Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,
Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.