Showing posts with label poems. Show all posts
Showing posts with label poems. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Untukmu

Assalamualaikum wbt,


p/s: First time kena paksa tulis sajak jiwang masa Bengkel Penulisan Kreatif minggu lepas. =P 
Diri sendiri macam nak muntah baca.. hahaha. tapi Cik Abang suka.. takpelah, raikanlah dia. Semoga kita sentiasa bahagia.. 

Monday, January 11, 2010

...intimacy vs isolation"

kalau aku berbicara dalam bahasa yang mudah
aku katakan
cinta manusia itu urusan Dia
cintakan Dia itu urusan kita
jangan sibukkan diri dengan urusan Dia
sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita
cinta dia hujungnya di mana?
cinta Dia hujungnya di syurga.

Allah says in His Kalam

"Maka aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja, demi malam dan apa yang disembunyikan nya, demi bulan apabila jadi purnama, sungguh akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)" (al-insyiqaq: 16-19)

so, i dedicate the above words to those in stage of "intimacy vs isolation" if it's according to Erikson theory.

and remember soorat an-nur (24:26)

p/s: not sure who's the writer of this words is. if he/she bumps into this blog, minta izin copy ye!

Friday, September 25, 2009

...antara semalam, hari ini dan esok...

Aku melihat orang-orang Islam pada hari ini,
Ibarat digenggam belenggu orang-orang kafir.
Akhirat mereka luput, dunia pun tercicir.
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan
Khayalan keterlaluan
Luas...luas membanjir
Teruk..tak tertaksir orang-orang yang karam

Setengah-setengah orang kata
Sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai,dipanjang-panjangkan
Bila tamat, diulang-ulang, ulang kembali.
Itulah sejarah..
Kalau begitu takkanlah mustahil
Untuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang
Hidup semula,
Kembali segar bugar terbentang di dunia yang luas
(Syed Naquib Al-Attas)

Saturday, September 5, 2009

..besederhanalah..

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami."
(al-Anbiya':35)


membina sederhana dalam segala hal.


besederhanalah dalam membenci,
kerana mungkin kamu akan menyayanginya.

besederhanalah dalam menyayangi,
kerana mungkin kamu akan membencinya.

besederahanalah dalam bersedih,
kerana mungkin kerananya kamu gembira.

dan bersederhanalah dalam bergembira,
kerana mungkin kerananya kamu sedih..



(2:216)


alhamdulillah ala kulli hal

Thursday, August 6, 2009

..yang mudah dan yang payah...

I know, at this very moment, i should do something more productive like thinking of the assignments (even though i have been thinking of them ever since). but, let me leave them aside for a while and share this poem. me myself never sure who wrote this, but, it's written somewhere on the paper in the box from the seniors last year.

a reflective one, this poem.. and more of 'stabbing my heart' because it somehow reflected me.


and it's entitled,


YANG MUDAH DAN YANG PAYAH


meninggalkan jahiliyah itu mudah...
kerana hawa itu bukan fitrah...
pantas sahaja kita tak perlukannya..

namun mujahadah itu payah..
kerana hawa sentiasa nampak indah..
pantas sahaja kita hanyut ke dalamnya..

jahiliyah luar itu mudah ditinggalkan..
pakaian..
pergaulaun..
movie.. muzik..
foya- foya..

jahiliyah dalam itu sukar untuk dilepaskan..
hasad dengki..
riya'..
takabbur..
'ujub..
marah...

aduh.. pedih hulu hati..
moga Allah beri kekuatan..
agar lembut hati..
agar kita jadi (hamba dan) daie rabbani...


p/s: (hamba dan) tu tambah sendiri


and as i said, i never know who wrote this poem but i believe, it's one of those from akhowat seniors Brisbane zaman dahulu kala [if the owner reads this, allow me to publish =)]

but what i get is that


dulu ke, sekarang ke, cabarannya tetap sama. manisnya sama, pahitnya sama. kerana hakikatnya jalannya ialah jalan yang sama. jalan bertabur duri, bukan jalan bertabur mawar. dan satu hakikat juga, hanya jalan ini yang membawa ke mardhatillah dan syurga.

(yusuf:108)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, May 15, 2008

..Ya Allah, tolong sampaikan pada dia..


Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang
terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau
bertemu diriku suatu hari nanti...


p/s buat kawan2: texts are not ideologically natural or accidental, they are crafted to represent views as well as interests of the writer (Sommer, 2005). kpd kwn2 muslimah, bersabarlah jika dirimu belum di'jumpai' oleh sang lebah. jgnlah kau risaukan nye kerana janji Allah tetap akan tertunai. "PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK (DAN SEBALIKNYA)DAN PEREMPUAN TIDAK BAIK UNTUK LELAKI YANG TIDAK BAIK(DAN SEBALIKNYA)"
jgnlah kau merendahkan maruahmu hanya untuk mendapat perhatian dari sang lelaki.. krana lelaki yang baik xkan memilih perempuan2 di jalanan untuk menjadi peneman perjuangan nya..

Monday, April 28, 2008

..kerana aku ingin menjadi wanita solehah..


Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.
Daisypath Anniversary tickers

::kind readers::